PERAYAAN - PERAYAAN DI MALAYSIA
VAISAKHI
Perayaan bagi masyarakat Sikh, Vaisaki dikatakan telah diasaskan oleh Guru Amar Das pada 1567. Perayaan ini adalah hari istimewa yang mana semua penganut Sikh berkumpul untuk mendapat restu Guru-Guru mereka.
KRISMAS
Menandakan kelahiran Jesus Christ yang bertarikh 25 Disember tahun pertama masehi, di Baitullaham. Ia adalah masa bagi keluarga dan rakan taulan berkumpul, memupuk cinta dan kasih sayang antara penganut Kristian.
DEEPAVALI
Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum.
CHAP GOH MEI
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran.
HARI RAYA AIDILFITRI
Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula dari subuh hingga ke maghrib. Umat Islam juga dilarang memasukkan sesuatu ke dalam rongga, merokok, dan melakukan hubungan seks di waktu siang.
HARI RAYA AIDILADHA
Selain dari hari raya Aidilfitri, satu lagi hari perayaan bagi umat Islam seluruh dunia ialah hari raya Aidiladha.Ia disambut pada 10 haribulan Zulhijjah, iaitu dua bulan setelah Syawal.
PERAYAAN HANTU LAPAR
Perayaan hantu Lapar adalah satu lagi perayaan yang disambut oleh masyarakat Buddha di negara ini.Ia adalah berdasarkan sejarah yang berlaku di Negara China berkurun dahulu.
PERAYAAN KAUL MELANAU
Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat, seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun mereka.
MAAL HIJRAH
Maal Hijrah atau disebut juga Awal Muharam, adalah hari penting untuk umat Islam.Ia adalah hari pertama dalam bulan pertama umat Islam.
PERAYAAN DEWA MONYET
Perayaan Dewa Monyet atau "Monkey God Festival' juga disambut oleh penganut Buddha seluruh dunia. Selain Malaysia, perayaan ini juga disambut di China, Hong Kong, dan Singapura.
TAHUN BARU CINA
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China.
PERAYAAN BOT NAGA
Di musim panas, masyarakat Cina yang tinggal di persisiran pantai dan tepian laut akan menyambut perayaan 'fifth moon' mengikut kalendar Cina.
HARI GAWAI DAYAK
Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak.
PESTA KAAMATAN
Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan / Dusun sebagai meraikan tuaian yang baik. Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah.
PESTA KUIH BULAN DAN TANGLUNG
Pesta Kuih Bulan pula disambut pada hari ke-15 pada bulan kelapan kalendar Cina. Ia menandakan berakhirnya musim menuai pada zaman dahulu kala.
PONGAL
Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah pesta pongal.Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.
REGATTA LEPA SEMPORNA
Masyarakat Bajau di persisiran pantai timur Sabah merayakan perayaan Regatta Lepa ini.’Lepa’ dalam bahasa Bajau ialah sampan atau bot.
Sumber daripada: http://kedah.edu.my/kewangan/images/fail/perayaan.pdf
No comments:
Post a Comment