Sunday, 24 April 2011

Tarian Kaum India

TARIAN INDIA

Bagi masyarakat India tarian adalah gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri seorang manusia. Asalnya tarian India ini dari pertengahan zaman batu di mana manusia masih tinggal di dalam gua. Tarian India yang bersifat keagamaan ini dikaitkan juga dengan tarian tradisi yang dipersembahkan di kuil-kuil. Terdapat ”devadasis” yang dianggap sebagai suruhan Tuhan, iaitu tarian pemujaan dikenali sebagai Bharata Natyam. Mahari pengasas Odisi tradisional dan Maribi Manipuri juga berasal dari kuil.


GIDDHA

Tarian Giddha merupakan tarian rakyat masyarakat Punjabi tetapi hanya dipersembahkan oleh penari-penari wanita. Ia diibaratkan seutas tali atau rantai yang berpusar dengan rentak dan warna yang terkandung dalam Giddha dianggap perantaraan yang tepat bagi wanita-wanita untuk meluahkan perasaan mereka. Dengan ayunan tangan yang gembira, mereka saling berhubung melalui Bolian(rangkaian lagu rakyat) dan memaparkan selendang yang cantik.


BHARATA NATYAM

Tarian ini berasal dari Negeri Tamil Nadu, di Selatan India. Kebiasaannya Bharata Natyam dipersembahkan oleh penari wanita secara solo. Keseluruhan persembahan tarian mengandungi enam peringkat iaitu alanippu, gatiswaram, sabdam, varnam, padam dan thillana.
Kesemua peringkat ini menggabungkan elemen Naritta atau tarian tulin dan Nritya mengandungi adarus atau unit tarian asas. Setiap adarus mengandungi tiga unsur, asas posisi berdiri, pergerakan kaki dan tangan. Rentaknya adalah berdasarkan rentak yang panjangnya yang dipanggil Jatis. Muzik tarian ini berasaskan rentak yang penting atau ”ragas” seperti Bahairavi, Kalyani dan Kambodhi. Penyanyi akan mengawal pegerakkan tarian yang dipanggil Shollukatus atau sukukata rentak.




KHATAK

Khatak berasal dari Negeri Uttar Pradesh dan Prajastan. Pada asalnya ia ditarikan oleh Masyarakat yang dipangil Khataras atau Tukang cerita(penglipurlara). Khatak juga dikenali selepas sebagai Braj Raas. Tarian ini diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha Vandana. Ia mengndungi Thata cerita pembukaan, Amad yang menghubungkan dengan Alarippu dalam Bharata Natyam, Sangeet yang menyerupai Jatiswaram dalam Bharata Natyam, Paran yang dianggap satu pertahanan tarian tersebut dan akhirnya Tarana yang menghubungkan dengan Thilland dalam Bharata Natyam. Ia dipersembahkan oleh penari lelaki dan wanita. Muzik digubah berasaskan lirik seperti Thumri, Dadra, Ghazal dan Kavita.

No comments:

Post a Comment