Sunday, 24 April 2011

Tarian Kaum Melayu

TARIAN MASYARAKAT MELAYU
Tarian Asli

Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli boleh didapati di seluruh Malaysia terutama Semenanjung Malaysia.

  
Tarian Zapin

Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian Arab-Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud 'gerak kaki' daripada perkataan al-Zafn. Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan kaki penari-penarinya. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak Zapin sebagai irama tarian.


Tarian Randai

Randai berasal dari perkataan merandai yang bererti mengarang atau melingkar suatu kawasan lapang untuk mencari sesuatu yang hilang. Terdapat pelbagai versi sebenarnya tentang asal usul randai ini. Struktur persembahan randai berkonsepkan gerak tari silat diselangi nyanyian berunsur lagu rakyat serta diiringi muzik caklempong, rebana, salung dan gong. Randai sering di persembahkan pada pesta menuai padi, upacara perkahwinan dan adat istiadat lain.


Tarian Joget

Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga dikenali sebagai ronggeng asal daripada perkataan wrong geng kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.


INANG

Tarian Inang adalah versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment