Sunday, 24 April 2011

Tarian Tradisional Bumiputera Sarawak



TARIAN TRADISIONAL SARAWAK

Tarian Ngajat

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian Koncong
Tarian Koncong terdapat di Sarawak, ditarikan dengan tujuan mengubat si sakit dan kedua untuk menghibur si malang. Tarian ini ditarikan oleh tiga orang penari wanita dengan iringan nyanyian seorang atau dua orang lelaki. Mereka menari dalam bulatan dan di sebelah tangan kanannya memegang sapu tangan dalam gerakan seolah-olah menyerupai burung terbang.


Tarian Datun Julud

Tarian dari Sarawak ini boleh ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan. Ia merupakan tari bersama suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan, Kutai, Berau dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Alat muzik utama yang mengiringi tarian ini ialah Sape. Dalam tarian ini bulu-bulu burung dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari sebagai perhiasan. Gerakan langkah yang menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan di ulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.

1 comment: